Pages

Temanku !

Jom Exchange Link ! - Dont Forget to Follow me ye ^_^ ngeee - I will follow u back !

Thursday, June 14, 2012

Awas : Tak cukup tidur punca pelbagai penyakit berbahaya !

Assalamualaikum , entry gua hari nie plak , pasal tak cukup tido . haaa . sekarang pun dah menunjukkan jam 3:52 a.m . Eh , gua pun tdo lambat la. hiks . Bukan ape , sementara tunggu second half German vs Belanda nie , gua tetibe terfikir nak update satu bende . Memandangkan tengah final exam , bagi kebanyakkan pelajar universiti , mesti korang stay up till the end . wahh ~ hahaha . 




Tahukah anda ? Tidak cukup masa tidur akan menyebabkan banyak penyakit ?
Mesti korang akan cakap , ala , bukan slalu , nak exam nie , nak pulun banyak benda . haahaha . Yang tu terpulang la kat korang sendiri . hahaha . 


sini , gua nak bagi beberapa fakta .


Menurut saintis, tidak cukup tidur menjejaskan 50% tumpuan dan kepekaan, 50% kemampuan menimbang sesuatu perkara, 30% kemahiran bergaul dan 20% daya ingatan.
Jika anda berhenti tidur, anda akan mati. Mereka yang tidak cukup tidur selama 5-10 jam, sama ada atas kehendak sendiri atau disebabkan tugas, didapati berkeadaan tidak rasional, paranoid, keliru, malah berkhayal,” demikian amaran daripada pakar tidur, Dr James B. Maas dalam bukunya, Power Slee.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.
KIRA-KIRA 50 kajian yang melihat perkembangan mental dan kerap kurang tidur mendapati hutang tidur boleh melambatkan proses-proses mental.
Menurut kajian tersebut, kehilangan hanya 4 jam tidur dalam satu malam boleh membuatkan tindak balas seseorang 45% lebih lambat. Pengabaian tidur semalaman meningkatkan dua kali ganda masa untuk bertindak balas. 


Haa , nie baru sikit , malah mengikut kajian yang baru - baru ini , tidak cukup tidur akan menyebabkan anda mengalami strok !


Nota kaki : So sama - sama kita amalkan tidur yang mencukupi . Jangan lebih sudah laa ye ! ^_____^  

0 orang tengah membebel: