Pages

Temanku !

Jom Exchange Link ! - Dont Forget to Follow me ye ^_^ ngeee - I will follow u back !

Thursday, June 28, 2012

"Adik Messi " menjawab persoalan fenomena Messi

Assalamualaikum ! Jawab tau :) Haa , semalam gua ada post pasal fenomena Messi kan ? Hari nie pulak gua nak cakap pasal apa sebenarnya yang terjadi . Sebelum tu , gua bukan nak memaalukan sesiapa okey . Gua nak semua tahu , kenapa si adik nie buat bnde macam tu .


Menurut beliau , beliau hanya berniat nak main - main je tu . heheheh . Ouh , takpe laa kalau macam tu kan . Tapi takpe adik , lawak yang adik buat tu best . Buat kitaorg tersenyum , release tension lepas final exam adik oi  ! hehehehe . Terima kasih banyak - banyak . Kat sini , gua nak letak print screen kenyataan beliau . Tapi walau apapun , adik dah popular . siap ada fan page lagi tu . Cayalah ! hehehe . Adik , next time buat lagi ye . Leh hiburkan hati kitaorg . Hhehehee. Tapi smalam tertipu jugak , sbb dok tunggu jugak Messi main . Tapi kenapa takde ye ? hahahahahahaaa   ( Tak leh gelak la weyh ! ) hiks .


By the way , teruskan perjuangan adik , niat murni adik tu :) hehehehe . so sape2 owner fan page tu , please add adik tu sbg one of the admin tu okeyh :p
Kepada adik tu : Abg mintak maaf ye . hiks . Takde niat nak memalukan sapa - sapa :)




Nota Kaki : Gud luck adik D :)

Fenomena Messi masuk SPAIN :D

Hahahahahahahah ~ Okey , tak mao gelak- gelak okey . Pada mulanya , gua terkejut jugak . Ingatkan di photoshop gambar kat bawah nie , tapi rupanya , betul - betul . Kesian kat adik  tu ekk . Hmm , gempar 1 Malaysia , kat facebook , kat twitter . penuh citer sal budak nie . Haahaha  ( maaf , tak baik laa gelakkan dye , ye tak ? ) hahaha 





Sempat jugak gua add budak nie tadi , then dye approved ! wahh ~ Tgok kat wall dye , penuh org perli2 . haish . hahaha. kesian pun ada . Siap ade yg buat fan page lagi tu. sungguh kejam. haha


Adik , pesan abg , baca dulu sebelum post , tapi mana nak tau kot2 lepas nie , dye jadik artis pulak . 
Adik , maafkan abg ye , abg tak sengaja nak gelak. Muahahahahahahahahahaha !






    
Fullname: Lionel Andres Messi
Nickname/s: Leo, La Pulga
Date of Birth: 24-06-1987
Place of Birth: Rosario, Santa Fe, Argentina
Position: Forward
Team: FC Barcelona
National Team: Argentina
Height: 5' 7'' (1.70m)
Weight: 62 kg





 p/s : Nota kaki : dah la kutuk dia okey ! hahaha



Monday, June 25, 2012

To those y baru nk lapor diri utk kerja baru / praktikal / Industrial Training / mahupun nk sambung study



To those y baru nk lapor diri utk kerja baru / praktikal / Industrial Training / mahupun nk sambung study, senang kata korg ni merangkul status 'newbie' / freshy / junior / intern (regardless of ur age/past experiences/past post), bolehlah amalkan TIPS berikut:

1) Just be the way u are...xyah nk hipokrit so that they will get to know u better :D

2) Just be cool xyah nk arrogant sgt dgn past experience, sbb dorg xde tgk sgt pun especially with ur senior/colleagues kecuali to those y betul2 kenal/terima u kerja situ (sila lah perform seikhlas mungkin);

3) Be warm and friendly but not over-friendly coz dorg mudah rimas...xyah la nk jadi kaki gosip/kaki ampu/kaki kipas atau paling best, try nk rangkul anugerah anak emas boss...title tu smua boleh mengganggu gugat keamanan jangka masa pjg korg spjg berada di sana;


4) Be part of the BIG TEAM...maybe peranan korg tu kecil sgt2 compared to others but try to embrace and indulge urself with the vision of ur team! Do ur part the BEST you can! :D


5) Paling penting: Ingat KENAPA anda BERADA DI SITU? bila nawaitu betul, insyaAllah semua y dirancang berjalan sesuai rencana

Bak kata orang cerdik pandai:
Masuk makmal, kita bereksperimen,
Masuk bilik detektif, kita bersoal siasat,
Masuk dapur, kita memasak,
Dan bila masuk bilik karyawan, kita berkarya lor...
(hoho...xnak dah guna kambing, harimau...)

Nota Kaki : "GET a LIFE, NOT a JOB" - Dr. Paula Caligiuri, psychologist & CNN contributor

Thursday, June 14, 2012

Tak nak pinjam PTPTN ? Berita baik ! Pinjaman Yayasan Bank Rakyat . Segalanya untuk anda .

Assalamualaikum , hmm , sape pinjam PTPTN ? Agak - agak rase tak cukup nak menampung kehidupan anda ? Okey , saya ada satu berita menarik untuk anda . 


Permohonan untuk Pinjaman Yayasan Bank Rakyat telah dibuka pada 1 jun yang lepas Sehingga september 2012 ! Berminat ? Jom kita usha apa yang di perlukan .


Soalan dan jawapan :)


1.Siapakah yang layak memohon biasiswa/PPBU?

Biasiswa

Warganegara Malaysia yang telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian serta memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan:-

i)
Umur tidak kurang dari 18 tahun semasa membuat permohonan biasiswa dan tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian (40 tahun bagi Ph.D sahaja)

ii)
Pelajar tahun pertama pengajian semasa tarikh tutup tawaran

iii)
Seorang penjamin



PPBU

Warganegara Malaysia yang telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian serta memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan:-

i)
Umur tidak kurang dari 18 tahun semasa membuat permohonan PPBU dan tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian

ii)
Pelajar tahun pertama pengajian

iii)
Dua orang penjamin

2.Adakah tajaan biasiswa/PPBU untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara?

Biasiswa

-
Tiada

-
Hanya untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta (IPTA/IPTS) dan Institusi Latihan Awam/Swasta (ILA/ILS) di dalam negeri secara sepenuh masa SAHAJA



PPBU

-
Tiada

-
Hanya untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta (IPTA/IPTS) dan Institusi Latihan Awam/Swasta (ILA/ILS) di dalam negeri secara sepenuh masa SAHAJA

3.Apakah syarat/kelayakan akademik yang diperlukan untuk memohon?

Biasiswa

Peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D)

-
Perlu berkelulusan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Universiti berkenaan



Peringkat Ijazah Sarjana

-
Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi



Peringkat Ijazah Sarjana Muda

-
Sekurang-kurangnya berkelulusan Matrikulasi dengan CGPA 3.0 ke atas atau Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) dengan 4A atau Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan kelulusan yang setara dengan STPM atau Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas



Peringkat  Program Profesional

-
Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atasatau Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas atau Lulus di peringkat 1 program profesional berkenaan dengan kelulusan setaraf dengan CGPA 3.0



PPBU

Peringkat Ijazah Sarjana Muda

-
Sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma dengan CGPA 2.5 ke atas atauMatrikulasi dengan CGPA 2.5 ke atas atau Sijil  Tinggi Pelajaran (STPM) dengan sekurang-       kurangnya 2B dan 2C atau Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan kelulusan yang setara dengan STPM



Peringkat Diploma

-
Sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya mendapat 2A, 3B dan 2C



Peringkat Sijil Kemahiran

-
Sekurang-kurangnya berkelulusan Sedang/telah mengikuti kursus tahap 2 bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Lulus SPM bagi pemohon Sijil Kemahiran yang lain

4.Apakah bidang dan peringkat pengajian yang boleh mendapat biasiswa/PPBU?

Biasiswa

Ijazah Kedoktoran (Ph.D), Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang pengajian (diiktiraf oleh MQA) DAN



Program Profesional meliputi ACCA, CPA, CFP, CIMA, ICSA, MICPA dan program-program lain seumpamanya yang diiktiraf oleh industri tertakluk kepada tempuh maksimum pengajian 4 tahun seperti berikut:

-
Ph. D : Maksimum tempoh tajaan 2 tahun

-
Ijazah Sarjana : Maksimum tempoh tajaan 2 tahun

-
Ijazah Sarjana Muda : Maksimum tempoh tajaan 4 tahun

-
Program Profesional : Maksimum tempoh tajaan 3 tahun



Bagi pengajian yang melebihi 4 tahun, perbelanjaan adalah di bawah tanggungan sendiri



PPBU

Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian (diiktiraf oleh MQA)DAN



Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) atau Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh badan Kerajaan yang berkenaan tertakluk kepada tempoh pengajian seperti berikut:

-
Ijazah Sarjana Muda ; Maksimum tempoh tajaan 4 tahun

-
Peringkat Diploma ; Maksimum tempoh tajaan 3 tahun

-
Peringkat Sijil Kemahiran ; Maksimum tempoh tajaan 3 tahun, minimum 1 tahun



Bagi pengajian yang melebihi 4 tahun, perbelanjaan adalah di bawah tanggungan sendiri

5.Bagaimana caranya untuk memohon biasiswa/PPBU Yayasan Bank Rakyat?

Biasiswa

Mulai tahun 2010, semua permohonan hendaklah dibuat secara ‘on-line’ SAHAJA dengan melayari laman web Yayasan Bank Rakyat di http://www.yayasanbankrakyat.com.my



PPBU

Mulai tahun 2010, semua permohonan hendaklah dibuat secara ‘on-line’ SAHAJA dengan melayari laman web Yayasan Bank Rakyat di http://www.yayasanbankrakyat.com.my

6.Adakah Yayasan Bank Rakyat menerima permohonan yang dibuat secara manual?

Biasiswa

Tidak



PPBU

Tidak

7.Bolehkah pindaan dibuat ke atas maklumat permohonan biasiswa/PPBU YBR yang telah dimasukkan secara on-line?

Biasiswa

Boleh.

Sila hubungi pihak YBR memohon permohonan terdahulu dibatalkan dan pemohon perlu memasukkan semula permohonan yang baru sebelum tarikh tutup



PPBU

Boleh.

Sila hubungi pihak YBR memohon permohonan terdahulu dibatalkan dan pemohon perlu memasukkan semula permohonan yang baru sebelum tarikh tutup

8.Bagaimana nak mengetahui keputusan sama ada permohonan biasiswa/PPBU saya berjaya atau tidak berjaya?

Biasiswa

Sila buat semakan melalui laman web YBR dari semasa ke semasa



PPBU

Sila buat semakan melalui laman web YBR dari semasa ke semasa

9.Berapakah jumlah tajaan yang diberi?

Biasiswa

Jumlah tajaan bagi biasiswa bergantung kepada peringkat pengajian seperti berikut:

a.
Ph. D: Maksimum RM14,000 setahun

b.
Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun

c.
Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (UITM hanya RM6,500)

d.
Profesional: Maksimum RM9,500 setahun



PPBU

Jumlah tajaan bagi PPBU adalah bergantung kepada peringkat pengajian seperti berikut:

a.
Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (UITM hanya RM6,500)

b.
Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (UITM hanya RM5,000)

c.
Kemahiran: Maksimum RM6,000 setahun

10.Bilakah tawaran permohonan biasiswa dan PPBU mula dibuka?

Biasiswa

Tawaran permohonan biasiswa/PPBU YBR dibuka bermula April sehingga Julai  SAHAJA setiap tahun



PPBU

Tawaran permohonan biasiswa/PPBU YBR dibuka bermula April sehingga Julai  SAHAJA setiap tahun

11.Bolehkan pelajar yang telah mendapat tajaan memohon?

Biasiswa

Boleh tetapi hendaklah memilih sama ada meneruskan tajaan yang sedia ada atau tajaan YBR sekiranya ditawarkan.  Pelajar tidak dibenarkan mempunyai dua penaja dalam satu-satu masa



PPBU

Boleh tetapi hendaklah memilih sama ada meneruskan tajaan yang sedia ada atau tajaan YBR sekiranya ditawarkan.  Pelajar tidak dibenarkan mempunyai dua penaja dalam satu-satu masa

12.Sekiranya saya tidak terpilih untuk disenarai pendek dalam pemilihan calon penerima biasiswa/PPBU bolehkah saya membuat rayuan?

Biasiswa

Rayuan tidak akan dipertimbangkan



PPBU

Rayuan tidak akan dipertimbangkan

13.Pelajar yang telah�menghadiri temuduga untuk tawaran biasiswa YBR, sekiranya tidak terpilih adakah akan terus ditawarkan PPBU?

Biasiswa

Tidak



PPBU

Tidak

14.Bolehkah lebih daripada seorang anak memohon biasiswa/PPBU YBR?

Biasiswa

Boleh.

YBR tidak menghadkan bilangan anak seseorang mendapat bantuan kewangannya asalkan mereka memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan



PPBU

Boleh.

YBR tidak menghadkan bilangan anak seseorang mendapat bantuan kewangannya asalkan mereka memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan

15.Bolehkah permohonan dibuat secara manual?

Biasiswa

Tidak.

Pendaftaran hanya boleh dibuat secara on-line dalam tempoh yang ditetapkan sahaja



PPBU

Tidak.

Pendaftaran hanya boleh dibuat secara on-line dalam tempoh yang ditetapkan sahaja

16.Adakah YBR menaja kursus diperingkat Foundation / Asasi / Matrikulasi / Tahmidi dan lain-lain yang setara dengannya?

Biasiswa

Tidak



PPBU

Tidak

17.Bilakah keputusan permohonan biasiswa/PPBU diumumkan?

Biasiswa

Dalam tempoh dua (2) bulan selepas tarikh tutup permohonan



PPBU

Dalam tempoh dua (2) bulan selepas tarikh tutup permohonan

18.Bilakah pengeluaran biasiswa/PPBU?

Biasiswa

Pengeluaran akan dilakukan setelah semua proses dokumentasi lengkap



PPBU

Pengeluaran akan dilakukan setelah semua proses dokumentasi lengkap

19.Adakah pelajar tajaan dikehendaki bekerja dengan Bank Rakyat selepas tamat belajar?

Biasiswa

Pelajar yang layak boleh ditawarkan berkhidmat dengan Bank Rakyat tertakluk kepada tawaran dan budi bicara YBR/Bank Rakyat



PPBU

Pelajar yang layak boleh ditawarkan berkhidmat dengan Bank Rakyat tertakluk kepada tawaran dan budi bicara YBR/Bank Rakyat

20.Siapakah yang layak menjadi penjamin?

Biasiswa

Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 50 tahun sewaktu permohonan dibuat, bekerja, bergaji RM1,000  ke atas



PPBU

Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 50 tahun sewaktu permohonan dibuat, bekerja, bergaji RM1,000  ke atas

21.Apakah yang dimaksudkan dengan no. anggota dan bagaimana untuk memastikan sama ada saya anggota atau tidak?

Biasiswa

No. anggota ialah no yang diberikan jika anda membeli saham Bank Rakyat.    Semakan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Pengurusan Keanggotaan di talian 03-26129600



PPBU

No. anggota ialah no yang diberikan jika anda membeli saham Bank Rakyat.    Semakan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Pengurusan Keanggotaan di talian 03-26129600

22.Apakah perbezaan di antara biasiswa dengan PPBU?

Biasiswa

Tidak perlu dibayar balik tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan



PPBU

Perlu di bayar semula tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan

23.Adakah PPBU dikenakan bunga?

Biasiswa

Tidak Berkenaan



PPBU

Tidak

24.Apakah yang dimaksudkan dengan PPBU?

Biasiswa

-



PPBU

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah bermaksud jumlah bayaran balik pinjaman yang diterima boleh diubah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan tertakluk kepada budi bicara YBR

25.Adakah perlu menghantar salinan permohonan yang telah didaftarkan di dalam sistem kepada YBR?

Biasiswa

Tidak. Salinan permohonan adalah untuk rujukan pemohon sahaja



PPBU

Tidak. Salinan permohonan adalah untuk rujukan pemohon sahaja

26.Adakah perlu menghantar borang maklumat penjamin?

Biasiswa

Tidak. Borang maklumat penjamin akan diminta oleh pihak Yayasan bagi permohonan yang berjaya sahaja



PPBU

Tidak. Borang maklumat penjamin akan diminta oleh pihak Yayasan bagi permohonan yang berjaya sahaja


Nota Kaki : Permohonan boleh la di buat di SINI