Pages

Temanku !

Jom Exchange Link ! - Dont Forget to Follow me ye ^_^ ngeee - I will follow u back !

Friday, February 24, 2012

PTPTN : BERINGAT SEBELUM BERBELANJA

 

ptptn-logo

Wow ! Enty kali ni sesuai untuk mahasiswa yang akan menerima PTPTN .

Ohhh yeahhhh! Terbaek ! Inilah masanya aku nak beli macam – macam ! hehehehe . Yeayyy !

Mesti ada dikalangan korang pernah terfikirkan perkara – perkara seperti kat atas kan . Mula laa berangan nak jadi diva , nak beli itu ini . Hujung sem , makan megi lah ye ! Oke , gua malas nak membebel panjang , kat sini , back to our topic , beringat sebelum berbelanja ! yeahh , ingat sebelum keluarkan duit tu ye .

Gua ada sedikit tips , macam mana nak buat penjimatan secara maksimum . Antaranya ialah :

1. Tentukan matlamat kewangan

Tentukan matlamat dalam menguruskan kewangan yang seakan-akan sama konsepnya seperti zaman zaman belajar dulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu matlamat kewangan kita dan ke mana kita ingin menggunakannya.

2. Awasi tabiat berbelanja

Jika kita merasakan setiap akhir bulan kita gagal untuk menyimpan duit, inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa. Apa yang penting, kita perlu menyemak semula ke manakah kewangan dihabiskan atau dibelanjakan.

Hayati apakah ketika berbelanja, diri lebih cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika berdasarkan kehendak semata-mata dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan, tabiat itu haruslah segera diubah.

3. Tulis rancangan atau pelan perbelanjaan

Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada.

4. Simpan sebelum belanja

Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah:
Pendapatan – Simpanan = Hutang + Perbelanjaan bukan Pendapatan – (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan

Gua tertarik dengan ayat di bawah nie , sama – sama kita renungkan dan selamat beramal !

Renungkanlah wahai teman.. "dalam hati ibu berkata: Pergilah anakku, belajarlah bersungguh-sungguh, jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan.. Ibu tidak menghantar kamu ke sana melainkan ibu percaya kepada kamu".. "Dalam jiwa ayah pula berbisik: Anakku, ayah melepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tidak pernah lupa nama yang kamu dihujung namamu..Hati ini penuh berharap agar kamu membawa piala kemenangan.. selamat berjuang", kenangilah mereka dalam setiap apa yang akan kita lakukan wahai teman....

 

Nota Kaki : Beringat sebelum terkena ye ! Smile

0 orang tengah membebel: