Pages

Temanku !

Jom Exchange Link ! - Dont Forget to Follow me ye ^_^ ngeee - I will follow u back !

Sunday, February 26, 2012

Mencarut ! Buruk padahnya , Orang Melayu cakap , cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar .

silent
Orang Melayu selalu kata, tak pon time sekolah – sekolah dulu selalu laa dengar kan . "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar" ( kenapa nak pandang-pandang pulak ye )  yang memberikan maksud kalau tak silap gua supaya kita ni kalau "berkata-kata" atau "mengata", jangan sembarangan sebab entah-entah, orang di sebelah kita tu adalah orang yang jadi bahan bicara kita.
Gua terfikir sejenak , ini bukan dalam sikap Melayu sahaja. Barangkali, semua bangsa dalam dunia ada amalan "berkata-kata" atau "mengata" ni kan? Alah , manusia kot , takkan lari dari benda nie . Betol tak , aku pun pernah mengalami benda yang sama . muahahahahaa Open-mouthed smile

Ada "kata-kata" ini yang berasal dari khabar angin dan apabila khabar angin itu tersebar, orang Melayu ada juga peribahasanya iaitu: "Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang." Ada khabar angin yang sekadar jadi khabar angin yang mana menyaksikan khabar itu terus menjadi debu yang turut sama ditiup angin itu.
Eh ? Aku mencarut ape ? Sorry , back to topic laa ye ! heheheh

Namun ada khabar angin yang terus melekat dan biarpun ia hanya khabar angin tanpa ada justifikasi, subjeknya terus melayang "dipukul" angin itu.
I call them: "Victim of circumstances."
Ada juga khabar angin yang boleh dikategorikan sebagai fitnah, berniat jahat, berat sebelah, bias etc etc. Khabar angin sedemikian wujud atas banyak sebab yang gua susah nak berikan satu persatu.

Why am I talking about this?
Hahahaha . Ada laa sorang mamat nie , dok mencarut je , kat Facebook , gua perhatikan dari dulu lagi , dia nie mencarut tak habis- habis . last – last , terkena dengan orang lain . hahahaa

Menyebar Fitnah dan Menghina
Fitnah lebih teruk daripada membunuh dosanya. Tapi untuk ilmu dan pengajaran kita bersama, katakan kepada gua adakah menyebar fitnah hanya sah dengan mengunakan mulut yang boleh menuturkan kata? Adakah fitnah tidak termasuk apa yang kita cuba tulisan di dalam dunia realiti dan dunia maya seperti di facebook ? Lidah lebih tajam daripada sebilah pisau, penulisan tidak mengunakan lidah tetapi jari-jemari, jadi sehingga sekarang tiada perumpamaannya bukan. Adakah sebab tersebut, kita bolehlah menyampaikan apa sahaja yang kita cuba fikirkan dan tulis.
Ada yang statik tapi tahan seperti batu, ada yang lembut dan nyaman seperti angin tapi ingat ada yang besar dan deras seperti arus air, ada yang panas dan menyakitkan seperti api.

Fikir sebelum segalanya
Tapi cuba kita mentelaah kata orang lama tadi, "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar", Apa yang kita faham? Berjaga sebelum kita bercakap bukan? Pandang dengan mata sebelum bercakap, dengar dengan telinga sebelum berkata.
Sebetulnya jika kita mampu mengunakan akal, kita tidak akan tersesat untuk melakukan sesuatu terutamanya dalam media pantas sekarang. Ingat secebis kata dan tulisan kita akan dibaca oleh sesiapa saja.
Kata-kata yang salah dan menuduh itu fitnah. Kesan kepada orang yang difitnah adalah teruk. Waraskan akal sebelum meluahkan sesuatu dan menceritakannya. Fitnah boleh hancurkan dunia. Tidak percaya? Buat rujukan lah ye , takkan gua nak bagi semua . eheheheh

Nota Kaki : Kalau mahasiswa , tunjukkan diri anda sebagai mahasiswa . Terima Kasih . Smile

0 orang tengah membebel: