Pages

Temanku !

Jom Exchange Link ! - Dont Forget to Follow me ye ^_^ ngeee - I will follow u back !

Friday, March 23, 2012

Link Untuk Borang Report Kematian Rakan Facebook Anda Disini

Photo 22 Mar, 2012 11-43 AM

Pernah tak berlaku di mana kawan, kenalan anda atau kawan kepada kenalan anda mahu pun saudara yang mempunyai Facebook telah meninggal dunia, Facebook nya tidak sempat di delete , dipadam atau tiada sesiapa yang mengetahui akan kata laluan untuk akaun yang meninggal? Pasti ada.

Artikel Di Bawah - Sekadar Peringatan Bersama Juga Untuk Peringatan Diri Aku Sendiri

Photo 22 Mar, 2012 11-54 AM

Persoalannya, apa akan terjadi pada akaun facebook si mati? Apakah Facebook tahu tentang pemergian si mati dan apa tindakan yang facebook akan buat berkaitan penggunanya yang meninggal? Mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? Gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

Lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. Macam mana? Pernah terfikir tak? Tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? Legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? Baju yang membalut aurat itu, bagaimana? Mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti... semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

Cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan. Jagalah maruah diri sebagai seorang muslim dan muslimah. Mati itu pasti, persiapkan diri untuk mati itu perlu.

Dan ini link untuk borang report kematian pengguna Facebook . Boleh refer situ kalau ada sahabat handai atau kenalan korang di facebook yang meninggal.

P/s: Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat.