Ni berita yang aku baca semalam kat Harian Metro. Terkedu sebab ada jugak ibu yang tak berhati perut. Ya Allah, apa nak jadi.
SHAH ALAM: Seorang janda muda bukan saja tergamak melihat anak kandungnya berusia 11 tahun dirogol teman lelaki, malah turut bekerjasama dengan merakam adegan menjijikkan itu menggunakan telefon bimbit.Perbuatan kejam itu mendapat pembalasan apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadapnya atas tiga tuduhan bersubahat dengan teman lelakinya yang merogol mangsa, di Rawang, dekat sini, tiga tahun lalu.
Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap teman lelakinya, seorang pemandu teksi, Ma Kassim Sirat, 44, yang mengaku salah atas tiga pertuduhan merogol mangsa.Mengikut pertuduhan, Ma Kassim didakwa merogol kanak-kanak itu di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam pada pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, serta jam 10 malam, pada Mac 2010.
Ibu mangsa yang berusia 31 tahun didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama. Bagi setiap pertuduhan, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Adakah kerana terlalu sayang kat boyfren, si ibu tergamak memperlakukan hal terkutuk seperti itu. Kesian nya si anak. Mesti lepas ni dia hidup dalam trauma habis, then takkan percaya kat sapa2 sebab mak dia pun sanggup buat dia macam tu. Jahanam betul lah.
Nota Kaki :Cisss emosi betol gua mcm nie ! Anak 11 tahun kot ! erghh~
3 orang tengah membebel:
Ni cite orang yang berupa binatang.. Di mana sifat keibuannya, ya?
ni namanya manusia bertopengkan binatang... dah xtau nak bezakan anak sendiri... dunia2
@kerja kosong terengganu yeap , nie binatang yang bersifat syaitan !
@kerja kosong terengganubetol2 , entah ape2 . hukum bunuh baru taw. haissh ~ geram kot...
Post a Comment