Pages

Temanku !

Jom Exchange Link ! - Dont Forget to Follow me ye ^_^ ngeee - I will follow u back !

Tuesday, January 31, 2012

MasyaALLAH ! Al-Quran dibuang sesuke hati ?!

Assalamualaikum... Al-Quran dibuang dengan begitu sahaja??? mari kita baca dan jadikan iktibar untuk umat Islam sekalian....



JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.

Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.

Nota Kaki : kenapa sampai tergamak melakukan perbuatan ini. Astagfirullah Alazim...

0 orang tengah membebel: